Thursday, June 23

biawak boleh dimakan?

ditulis dengan sepenuh hati oleh gua: nabila


assalamualaikum,


yea, gua tau tajuk entry memang pelik. tadi masa gua tengah stalking profile adik kawan gua, gua nampak photo abang dia tengah sembelih biawak. mata gua terus terbeliak. dalam hati gua "eh, biar betol dia makan biawak. hardcore gila kot!" gua makin curious, lalu baca la komen-komen kat bawah photo tu. lepas baca, memang sah lah menatang tu memang biawak. dan beliau cakap dagingnya amat sedap. reaksi gua? tunggu masa je nak meluahkan segala isi perut gua. 


eh kejap jangan la muntah dulu. tunggu gua habis explain baru korang decide nak telan balik or still nak luahkan muntah korang. secara amnya, biawak (monitor lizard) adalah haiwan reptilia. ia diklasifikasikan di bawah order squamata (squamate reptiles) dan di bawah famili agamidae. yes, cicak! 


namun begitu, cicak dapat dikategorikan kepada pelbagai species. species cicak yang gua cakap ni adalah dhab, atau egyptian mastigure in english atau bahasa saintifiknya Uromastyx aegyptius microlepis. persoalannya sekarang, boleh makan ke beb? 


Abdullah b. 'Abbas once reported: 


i and Khalid b. Walid went to the apartment of Maimuna along with Allah's Messenger (may peace be upon him), and there was presented to him a roasted lizard. Allah's Messenger (may peace be upon him) stretched his hand towards It, whereupon some of the women who had been in the house of Maimuna said, "inform Allah's Messenger (may peace be upon him) what he intends to eat". Allah's Messenger (may peace be upon him) lifted his hand. i said "Messenger of Allah, is it forbidden?" he said, "no. it is not found in the land of my people, and i feel that i have no liking for it". Khalid said, "i then chewed and ate it, while, Allah's Messenger (may peace be upon him) was looking (at me)".


so, rasulallah s.a.w tidak mengatakan ia haram dan tidak juga menghalang sahabatnya dari memakan dhab itu.  kesimpulannya, haiwan itu boleh dimakan. ini adalah kerana dhab bukanlah haiwan dua alam. ia juga merupakan vegetarian, iaitu hanya makan pasir dan juga tumbuh-tumbuhan, tidak seperti biawak lain yang rata-ratanya memakan bangkai. 





satu lagi fakta yang hebat, dhab adalah haiwan yang sangat kuat. selepas disembelih, ia masih boleh hidup sehingga dua hari atau lebih. kuat kan? kan? cuba bayangkan, lepas dimakan ia menari-nari di dalam perut korang. hahaha. apa tunggu lagi? jom pi negara yang ada padang pasir cari menatang ni!

jumpa gua lagi nanti, bye bye!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers