Sunday, July 3

majulah sukan untuk negara

ditulis dengan sepenuh hati oleh gua: nabila


assalamualaikum,


topik hari ini adalah pasal outdoor activity yang paling gua suka, iaitu - bersukan! yes, eventhough gua bukan budak sport science macam kipas-susah-mati gua tu. gua memang involved directly and indirectly dalam bidang ni dari kecik. tapi mak gua pesan, "minat boleh, tapi jangan jadikan sebagai kerjaya." mak gua lebih suka gua menjadi engineer or doctor. tapi gua rebel. elok-elok gua belajar major biology kat uitm, gua quit and apply tesl. gua memang minat tesl semenjak gua form 5. tapi masa apply upu lepasan spm, gua tak dapat sebab failed time interview. gua paling benci interview, sebab gua jenis yang cepat cuak dan gelabah. so time tu, gua bagi salam, sengih, dan pintal baju kurung. as a result, gua tercampak kat uitm sarawak di bawah fakulti applied science. ok dah habis merapu dan keluar topik, jom kita tengok sport apa yang gua main:


olahraga (track) - dari sekolah rendah sampai menengah, gua adalah sprinter sekolah. acara 100m, 200m and 4x100 relay adalah acara yang gua pegang. gua discovered yang gua berbakat lari laju selepas gua dikejar anjing masa balik dari kelas muqaddam darjah 1. sumpah laju.




olahraga (field) - selain itu, gua juga terlibat dalam high jump. masa darjah 6, gua jadi bidan terjun untuk rumah sukan menggantikan kawan baik gua yang demam tapioca eh, demam campak. gua menang gold medal. cikgu gua cakap, gua ada bakat melompat. tapi gua buat bodoh sebab gua lagi suka berlari dari melompat. tapi masa form 4 lagi sekali gua dipaksa oleh cikgu untuk masuk acara ni and again gua dapat gold medal. then, cikgu zurina jadi personal trainer gua untuk kejohanan olahraga peringkat kebangsaan di kuantan,pahang. then masa form 5 gua stop main lompat-lompat. gua injured sebab salah landing.




netball : darjah 6 gua start main netball sampai form 2. sebab dulu gua kecik, posisi gua mestilah center. gua kan lari laju tambah pulak dengan kebolehan melompat, tu sebab cikgu suruh gua jadi c. tapi gua tak berapa suka main netball sebab game ni selalu ada babak emotional. tarik-tarik rambut dan bermacam lagi. 




softball : masa form 2, gua dapat silver medal for cross country. so, cikgu shahrizan iaitu cikgu sukan ajak gua join softball jadi player dia. so kena audition untuk position, and cikgu cakap tenaga tangan gua sangat kuat. so, dia letak gua jadi pitcher. fuh, berdarah hidung kak senior gua yang jadi catcher hari tu masa first trial.




volleyball : ni favourite game ever. gua start main masa darjah 4. then terpaksa stop masa form 1 sampai form 3 sebab cikgu suruh focus untuk satu-satu game je. so masa form 4 kat mrsm sampai universiti, gua terus pilih volleyball. untuk ini, gua adalah spiker. sebab? kan dah cakap, gua ada kebolehan melompat dan juga tenaga tangan gua sangat kuat. masa kat uitm diserap masuk untuk ke karisma tapi gua tolak. sorry encik mong.



futsal : ni aktiviti gua hari-hari selepas habis spm. semasa gua and member-member tengah layan sepak bola, ada someone yang tengok. dan abang ni offer untuk jadi coach kitorang. dia signed up untuk piala remaja umno masa tu untuk futsal perempuan. time ni team gua kalah tapi gua dapat tersenarai antara best player. rupa-rupanya gua ada bakat untuk jadi striker. haha.



to conclude, siapa cakap budak science or language nerd? hah, lu pikir lah sendiri. jumpa gua lagi nanti, bye bye!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers