Tuesday, August 9

masa kecik memang tak matang

ditulis dengan sepenuh hati oleh gua: nabila


assalamualaikum,


alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke-9 kita menjalani ibadah puasa. terasa cepat masa berlalu kan? okay, bila bercakap pasal puasa, gua jamin setiap orang ada kisah masa kecik tersendiri. hari ni gua nak kongsi kisah gua berpuasa dulu-dulu. 


mak ayah gua latih gua berpuasa sejak dari umur 6 tahun. tapi masa tu just puasa separuh hari. sebenarnya boleh je puasa penuh, tapi gua suka berdrama queen nak pengsan apa bagai waktu tengahari. so i ended up buka puasa pada pukul 1, tiap-tiap hari. dah rasa macam tinggal kat overseas je time tu. 


bila gua dah bijak sikit, dalam 8-9 tahun, gua dah puasa penuh, tapi pada pandangan mata kasar mak dan ayah gua je. hakikat sebenar, setiap kali gua berwudhu' gua akan telan separuh daripada air masa berkumur dan basuh muka. pergh masa tu, setiap kali gua ambil wudhu' memang segar sangatlah. masa bulan puasa jugak tak pernah tinggal solat di siang hari. ada agenda tersembunyi sebetulnya.




setiap hari ahad-selasa, gua ada kelas kafa setiap petang lepas waktu sekolah. so, setiap kali balik gua akan singgah kedai runcit depan rumah gua untuk beli bekalan coklat untuk berbuka puasa. kononnya lah kan. padahal, gua bantai makan kat dalam toilet klinik. oh ya, gua tinggal di quarters kesihatan. sebab tu ada klinik. sila jangan hairan. lepas kenyang melantak, gua berkumur dan cuci segala bahan bukti, balik rumah dengan muka innocent plus penat, tido. mak gua pandang gua dengan muka bangga sebab gua tetap menahan diri untuk berpuasa penuh, walaupun penat. sedangkan setan dalam diri gua bermaharajalela time tu. 




gua rasa kerja murni tu berlarutan sampai gua darjah 6 kot. haha. cis, teruk sungguh gua pada masa kecik. tu je story yang gua dapat share, nanti kalau ada lagi yang gua ingat gua akan update. korang ada?


jumpa gua lagi nanti, bye bye!

No comments:

Daisypath Anniversary tickers